PMCO: Prelims Dan Global Final Akan Dianjurkan Di Kuala Lumpur, Malaysia!

Liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split sudah pun bermula yang mana lima pasukan negara bertarung selama empat minggu bagi merebut slot ke Kejohanan Asia Tenggara PMCO Fall Split pada 1 November nanti.

Ketika livestream di Youtube dan Facebook berlangsung semalam, Pengarah PUBG Mobile Global Esports di Tencent Games, James Yang mengumumkan Kejohanan PMCO Fall Split Global Finals akan dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia!

Kejohanan kemuncak ini adalah sambungan dari Kejohanan Asia Tenggara PMCO Fall Split yang mana pasukan-pasukan terbaik PUBG Mobile di seluruh dunia akan berkumpul untuk bertempur merebut gelaran juara di Musim Luruh.

Ia akan diadakan pada 23 November hingga 25 November (Prelims) dan Global Finals pula pada 29 November hingga 1 Disember.

Sebelum ini, PMCO Global Finals Spring Split diadakan di Berlin, Jerman yang menyaksikan pasukan negara, Team Secret turut bertanding. Sebelum itu, kejohanan Asia Tenggara PMCO Spring Split dianjurkan di Jakarta, Indonesia yang menyaksikan pasukan tuan rumah menunjukkan dominasi mereka selepas bertarung selama enam minggu di musim liga.

Berita ini sudah tentu diterima baik semua ahli komuniti permainan mudah alih ini di Malaysia kerana nyata, terdapat begitu ramai peminat PUBG Mobile di negara ini. Malah, acara ini akan menarik lebih ramai pelabur selain menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan di rantau Asia Tenggara!

Buat sementara ini, tiket atau lokasi acara masih belum diumumkan.

RELATED NEWS

+