PMCO: ‘Sangatlah Takut Dan Cemas Tapi Kami Harungi Juga Untuk Chicken Dinner Kedua Malaysia’ – Miss Farr

Bagai telur di hujung tanduk, itu yang berlaku kepada skuad Junior Talent pada penghujung game penutup hari keempat liga PMCO Musim Bunga tadi. Mereka bersama dua lagi skuad Malaysia, Yoodo Gank dan Team Secret bagi menentukan siapa layak menerima Chicken Dinner kedua buat Malaysia.

Tapi kemenangan berpihak kepada mereka apabila kedua ahli Jr yang tinggal ini berjaya mendapatkan tembakan tepat terhadap Yoodo Gank lantas meraih Winner Winner Chicken Dinner (WWCD).

Dengan pencapaian itu, Yoodo Gank berjaya meraih tempat ketiga dengan skor keseluruhan 86 mata pada hari ini dan Junior Talent di tempat kesembilan dengan skor 65 mata.

Mengikut rekod keseluruhan mata bagi minggu pertama PMCO setakat ini, Gank naik ke tangga kesebelas dengan skor keseluruhan 158 mata di belakang pasukan Thailand, Goldencat. Skuad Junior Talent pula naik ke tangga ke-17 dengan skor keseluruhan 125 mata sama seperti FFQ dari Vietnam.

Bagi NorFarah Shahira Mohd Nizam atau Miss Farr, perasaan takut dan cemas itu perlu diketepikan ketika dalam permainan.

“Tinggal dua orang (daripada kami) saja lagi untuk teruskan permainan tapi disebabkan komunikasi yang baik, kami harungi juga demi Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) kedua Malaysia.

“Kami tiada strategi khusus tapi merancang perjalanan dan tanya pendapat ahli skuad lain sebelum membuat keputusan. Yang penting, saya percaya dengan keupayaan setiap ahli. Alhamdulillah, kami berjaya raih WWCD kedua hari ini,” kata Missfar apabila dihubungi MyGameOn.

Ketika ditemubual oleh hos selepas berakhirnya perlawanan penutup pada hari ini, Missfar berkata, tiada jurang kemahiran antara lelaki dan wanita dalam permainan mudah alih.

“Untuk pemain wanita dekat luar sana, teruskan berlatih sebab kita memang tak ada jurang antara lelaki. Kita boleh buat. Saya dah buktikan jadi lepas ini giliran anda semua pula,” katanya.

Junior Talent, yang dan diurus oleh The Gaming Co dan Mobile Gaming Co, dan Yoodo Gank masing-masing menamatkan kemarau ketiadaan Chicken Dinner selepas empat hari 5 skuad Malaysia bertanding di minggu pertama liga PMCO Musim Bunga yang mempertandingkan wang tunai terkumpul RM107,980. 

Artikel berkaitan: Chicken Dinner pertama milik Malaysia

Gambar featured image: FB Page Junior Talent PUBG Mobile

RELATED NEWS

+