PMCO: ‘Secret Dan VIP Ada Peluang Cerah Ke Berlin’ – Terence & Qontra

Hari ini adalah hari terakhir untuk kejohanan PMCO SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia. Wakil Malaysia pula ada berdepan cabaran untuk rebut kedudukan empat teratas bagi melayakkan diri mereka ke Berlin, Jerman.

Menerusi skor akhir semalam, Secret masih selesa di kedudukan keempat, VIP pula di nombor 10 dan Yoodo Gank di tangga kelimabelas.

Penulis bertanyakan pendapat dua pengulas, Terence “Icybaby12” Yong dan Aaron “Qontra” tentang pasukan mana yang akan layak ke Global Finals nanti.

 

Terence “Icybaby12” Yong

“Saya rasa Secret dan VIP boleh pergi. Tapi satu kesalahan semalam boleh beri kesan kepada mental (apa yang terjadi kepada Hyqul) kerana terkeluar awal.

“Untuk game pertama, saya tak sangka mereka (VIP) boleh bermain dengan begitu baik.

“Secret pula macam pasukan yang berlainan berbanding apa terjadi di Shanghai, China ketika musim liga,” katanya.

Kata Terence, Team Secret sangat faham permainan minda dan risiko untuk berdepan pihak lawan.

“Mereka hanya perlu kekal momentum hari ini dan adapt dengan gameplay pasukan lain untuk raih top 4.

“RRQ pula ada peluang tapi kalau mereka hilang fokus, keadaan akan jadi sukar. Bagi skuad tuan rumah pula, BTR ada moral yang tinggi untuk perform hari ini sebab menang WWCD tapi Onic tak faham macam mana musuh bermain.

“X Team pula main dengan baik di musim liga tapi mereka ada konflik dalaman kali ini,” katanya.

 

 

Aaron “Qontra”

“Saya rasa Team Secret memang ada peluang untuk mara ke Global Finals kerana prestasi luar biasa ditunjukkan.

“VIP pula adalah 50-50 peluang sebab Haikal semalam asyik terkeluar dulu dan bagi kesan pada moral pasukan. Mereka tak dapat informasi di mana pasukan lain berada jadi mungkin itu sebab VIP tak berapa perform selepas game kedua.

“Mereka perlukan dua perlawanan yang baik untuk kekal berada di kedudukan empat teratas ini.

Kejohanan SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia ini mempertandingkan wang tunai terkumpul RM435,000 dan akan menentukan 4 pasukan teratas yang akan layak berentap di Grand Final diadakan di Berlin, Jerman kelak. Ketika itu mereka akan bertemu wakil dari Amerika Utara, Eropah, India dan lain-lain!

Mereka sebelum itu menyertai Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

 

RELATED NEWS

+