PMCO: Team Secret Kekal Tempat Ke-9 Selepas Peta Kelapan

Skuad PUBG Mobile negara, Team Secret nampaknya berada di kedudukan yang tidak berubah setakat ini pada tempat ke-9 selepas berakhirnya perlawanan kelapan sebentar tadi di kejohanan PMCO Global Prelims di Berlin, Jerman yang berlangsung sejak semalam.

Menurut skor daripada Liquipedia, mereka kini berada di kedudukan yang sama sejak semalam dan mengumpul keseluruhan 97 mata. Indian Tigers pula mengikuti rapat dengan memperoleh 97 mata juga.

Sementara itu, skuad NVM, TQ dan Knights masing-masing mengumpul 119 dan 115 mata. Team Secret perlu juga mendapatkan Chicken Dinner pada baki empat perlawanan hari terakhir ini bagi layak ke kedudukan 5 teratas.

PMCO Global Finals Prelims bermula semalam hingga hari ini (Ahad) menyaksikan 16 pasukan dari serata negara yang berentap merebut kedudukan 5 teratas untuk layak ke finals pada 26 Julai ini.

Finals akan berlangsung selama dua hari di Berlin, Jerman dengan hadiah kemenangan USD400,000 (RM1.6 juta). 

Ayuh laungkan Malaysia Boleh dan berikan mereka sokongan! Saksikan live secara langsung di Youtube.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Gambar featured image: VSPN

RELATED NEWS

+