PMCO: Team Secret Perlu ‘All-Out’, Bawa Harapan Negara

Dalam kejohanan PMCO SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia ini, Team Secret berada di kedudukan sangat sengit sekarang. Mereka berada di tempat keempat tapi pada masa yang sama, Box Gaming juga hampir menyamakan kedudukan. 

Kalau korang perhatikan, Secret mengumpul 180 mata dan BOX pula 175 mata. Sangat sengit!

Mereka perlukan seberapa banyak kills yang boleh dan placing lebih baik untuk game terakhir ni! Ayuh berikan sokongan kepada mereka!

Buat ViP pula, peluang mereka agak tipis dan Yoodo Gank pula di tempat yang agak mustahil untuk raih kedudukan empat teratas bagi perlawanan akhir ini.

Kejohanan SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia ini mempertandingkan wang tunai terkumpul RM435,000 dan akan menentukan 4 pasukan teratas yang akan layak berentap di Grand Final diadakan di Berlin, Jerman kelak. Ketika itu mereka akan bertemu wakil dari Amerika Utara, Eropah, India dan lain-lain!

Mereka sebelum itu menyertai Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

 

RELATED NEWS

+