PMCO: ViP Bolot Chicken Dinner Pertama, Yakuza Bantu Tembak Musuh Dari Jauh!

ViP Squad berjaya memperoleh Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pertama untuk Malaysia dalam kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia! Tahniah kepada mereka!

Dalam perlawanan pertama di peta Sanhok, ViP sangat bertuah apabila bulatan memihak kepada mereka dan pada saat akhir, Yakuza berjaya mempertahankan kedudukan apabila menyorok di sebalik pondok dan menembak musuh yang datang dari arah bukit.

Mereka hampir tumpas apabila Narok Gaming menggunakan taktik prone tapi dalam perlawanan berbalas tembakan itu, ViP mendapat advantage dari jumlah pemain yang hidup lantas memenangi mereka WWCD.

Secara keseluruhan, mereka mengumpul 35 mata.

Kejohanan SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia ini mempertandingkan wang tunai terkumpul RM435,000 dan akan menentukan siapa layak berentap di Grand Final diadakan di Berlin, Jerman kelak. Ketika itu mereka akan bertemu wakil dari Amerika Utara, Eropah, India dan lain-lain!

Mereka sebelum itu menyertai Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

RELATED NEWS

+