PMGC: Team Secret dan 4Rivals layak ke Grand Final

Kejohanan Dunia Liga Profesional PUBG Mobile (PMGC) 2021 menyaksikan pasukan Malaysia iaitu Team Secret dan juga 4Rivals menjadi wakil Malaysia.

Mereka harus bertarung bersama 14 pasukan yang lain di peringkat akhir liga timur bagi mendapatkan slot ke Grand Final.

Liga timur mengumpulkan pasukan dari Asia dan juga Timur Tengah. 4Rivals dan Team Secret mendapat tempat kelapan dan kesembilan di dalam peringkat akhir liga itu.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat Grand Final. Manakala pasukan BTR gagal untuk tembus ke Grand Final selepas mendapat tempat terakhir di dalam peringkat akhir liga timur.

Kejohanan Dunia Liga Profesional PUBG Mobile (PMGC) 2021 menyaksikan 40  pasukan dari Asia, Timur Tengah, Amerika dan juga Eropah bertarung untuk merebut slot ke Grand Final. Pertandingan ini terbahagi kepada liga timur dan juga barat. 

$1.47 juta (RM6.1 juta) wang hadiah lumayan terkumpul dipertandingkan di dalam kejohanan dunia ini. Terus berikan sokongan kepada pasukan Malaysia di peringkat Grand Final yang akan bermula pada 21 Januari tahun depan.

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

RELATED NEWS

+