PMNC 2020: Pendaftaran dibuka, pemain solo juga boleh sertai rebut hadiah terkumpul RM100,000

Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2020 kini kembali dengan hadiah terkumpul RM100,000!

Lebih menarik kali ini apabila penyertaan dibuka bukan saja kepada pasukan-pasukan tapi juga kepada pemain individu yang mengalami kesukaran menubuhkan pasukan. Sebagai contoh, PMNC kali ini memperkenalkan Solo Mode buat pertama kali namun masih mengekalkan Squad Mode.

Ini membolehkan lebih ramai pemain berbakat yang sukar mencari pasukan untuk bertanding sama.

Daftar sekarang di pautan INI. Tarikh tutup untuk penyertaan seperti gambar di bawah.

Dalam pusingan kelayakan, ia akan terbahagi kepada empat zon utama di Malaysia iaitu Erangel, Sanhok, Miramar dan Vikendi. Setiap zon ini merangkumi beberapa negeri dalam Malaysia dan pemain perlu pilih zon mana mereka berada. Ini kerana setiap pemain dan pasukan akan dipilih sebagai wakil negeri masing-masing dan layak menerima anugerah wakil negeri selepas kejohanan ini berakhir kelak.

Terdapat tiga peringkat untuk kelayakan ini:

  • Zon Kelayakan
  • Zon Finals
  • Playoffs

Perbezaan antara Solo Mode dan Squad Mode adalah empat slot diberikan di setiap Zon Final untuk Squad Mode ke playoffs manakala Solo Mode akan mempunyai hanya satu slot untuk pasukan layak. Ini bermakna pasukan Solo Mode yang layak ke playoffs terdiri daripada individu berbakat.

Rakan Rasmi untuk PMNC 2020 adalah syarikat telekomunikasi tempatan, Yoodo.

“Sejak awalnya, Yoodo komited untuk mencipta kandungan, komuniti dan budaya untuk arena e-sukan tempatan. Kami rasa teruja dapat meningkatkan pengalaman permainan dan memperkasakan bakat tempatan dalam gaming. Sebagai Rakan Rasmi untuk PMNC 2020, ini adalah usaha kami seterusnya untuk menjadi Telco bagi pemain-pemain game,” kata Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun.

RELATED NEWS

+