PMNC: “Kami Okay.. Kami Tetap Bangkit” – Junior Talent

Ketiadaan NorFarah Shahira ataupun Miss Farr bukanlah penyebab bagi skuad Junior Talent terus pandang ke bawah tapi sebaliknya mereka terus bangkit dan membuktikan kehadiran Azfar adalah satu peluang jarang ada, sekali gus membawa mereka menuju kejayaan dalam kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC 2019) semalam.

Meskipun kemasukan Azfar baru saja diumumkan, Junior Talent sememangnya cemerlang dan serasi bersama. Mereka berjaya mengumpulkan keseluruhan 221 mata dan 53 jumlah pembunuhan sekali gus membawa pulang wang tunai RM15,000 di tempat ketiga.

Dengan 1 Chicken Dinner, mereka tak kurang hebatnya dengan rotasi antara Erynn dan Bard, memberi peluang kepada bakat-bakat muda ini menunjukkan potensi masing-masing. 

Kemenangan ini melayakkan mereka ke liga Asia Tenggara PMCO Fall Split selama lima minggu di Bangkok, Thailand nanti bersama VIP, AROV, Yoodo Gank (jemputan terus) dan Team Secret.

Sebelum ini, Junior Talent berjaya ke liga Asia Tenggara PMCO Spring Split selepas mendapatkan tempat ketiga dalam kelayakan Malaysia. Dalam liga berlangsung selama lima minggu itu, mereka berada di kedudukan ke-22 antara 24 pasukan yang bertanding.

  

Pastinya dengan prestasi itu, semangat mereka untuk bangkit berkorbar-korbar kembali dan ia ditunjukkan sepenuhnya semalam.

Peluang kali kedua untuk ke liga Asia Tenggara PMCO pastinya akan mematangkan mereka lagi sebagai pasukan yang dilihat sebagai underdog sebelum ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+