PMPL MYSGPH Fall akan bermula pada 20 Julai dengan format baharu

Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MYSGPH musim luruh sah akan dimulakan pada 20 Julai hingga 7 Ogos ini manakala peringkat akhir akan diadakan pada 26 hingga 28 Ogos nanti.

Ia akan berlangsung selama tigga minggu dari Rabu hingga Ahad dan menampilkan 20 pasukan jemputan dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Filipina.

Kesemua mereka dibahagikan kepada lima kumpulan yang dibahagikan kepada empat pasukan. Lima pasukan terbaik dari musim bunga akan dimasukkan ke lima kumpulan ini yang mana dalam seminggu akan ada 20 keseluruhan perlawanan.

12 pasukan teratas setiap minggu akan bertanding di peta Livik pada hari Ahad untuk mata tambahan. Setiap pasukan akan dapat mata tambahan mengikut ranking liga dan ia akan dibawa ke peringkat akhir (Country Finals). Hanya 16 pasukan layak ke peringkat akhir.

 

Empat pasukan terbaik di Country Finals akan terus layak ke PMPL SEA musim luruh. Pasukan dari tempat kelima hingga ketujuh di Country Finals akan berpeluang bertanding di peringkat Play-ins bersama empat pasukan terbaik Asia Pasifik untuk tiga slot terakhir PMPL SEA musim luruh.

RELATED NEWS

+