PMPL: Homebois dikenakan penolakan mata

Pasukan Homebois mendahului minggu pertama dengan sangat cemerlang.

Mereka berjaya mendapatkan mata keseluruhan sebanyak 196 menduduki tempat kedua liga.

Namun begitu, malang sekali buat pasukan Homebois kerana mereka akan menerima penolakan 9 mata kerana gagal menghadiri perlawanan percubaan minggu pertama.

Oleh itu, Homebois akan jatuh ke tangga ke-10 dengan 10 mata.

Sem9 Gank juga mengalami nasib yang sama dengan penolakan 3 mata.

Adakah pasukan Homebois dan Sem9 dapat mengejar kembali mata yang hilang pada minggu kedua ini? Kita bakal saksikan.

**Kemaskini – Pasukan Sem9 akan dikecualikan dari penolakan mata manakala pasukan Homebois akan ditolak hanya 6 mata kerana sebahagian dari pemain mereka sedang mengemaskini permainan PUBG Mobile di peranti mudah alih mereka dan tidak dapat memasuki perlawanan percubaan tepat pada masanya.

Sumber: Liquidpedia

RELATED NEWS

+