PMPL ID: BTR kembali bersemangat pada minggu terakhir weekdays

Selepas gagal ke peringkat super weekend kedua, ramai di antara netizen mengecam Jangs sebagai jurulatih kerana sering mengubah lineup utama pasukan robot merah ini. Mereka tidak menyedari bahawa semua pasukan lain sudah meningkatkan mutu permainan mereka dan BTR harus memberikan komitmen 100% untuk mendahului pasukan lain.

BTR kini berada di kedudukan ketiga walaupun mereka gagal mendapatkan sebarang WWCD manakala Boom Esports masih konsisten dengan 3 WWCD dengan 87 mata.

Manakala Alter Ego Limax mendapatkan 1 WWCD dengan meratakan pasukan BTR pada minit terakhir, mereka mempunyai kelebihan di high ground dan pasukan BTR harus mendaki bukit dan akhirnya dibom dan dirempuh pasukan Alter Ego Limax pada peta kelima semalam.

Jika pasukan BTR mampu mengekalkan corak permainan mereka dan meningkatkan lagi mutu permainan pada hari ini, mereka akan berpeluang untuk mendapatkan slot ke super weekend.

Mereka harus memberikan yang terbaik untuk peringkat super weekend ketiga kerana mata PMGC sebanyak 725 akan dipintas oleh pasukan Bonafide dan juga Genesis Dogma yang masing-masing mempunyai 723 dan 719 mata.

Foto: Bigetron Esports

RELATED NEWS

+