PMPL ID: BTR tidak berjaya ke Super Weekend minggu kedua

PMPL Indonesia musim keempat menyaksikan 20 pasukan bertarung di antara satu sama lain untuk merebut peluang ke kejohanan dunia PUBG Mobile (PMGC) yang akan menjelang tiba nanti. Selain itu, pemenang juga akan mendapat slot untuk bermain di peringkat Asia Tenggara nanti.

Peringkat weekdays minggu kedua sudah pun tamat semalam di mana pasukan NFT Esports mendahului 20 pasukan dengan mata terkumpul sebanyak 109, manakala pasukan Supply Bang, Boom Esports dan Zone berada di belakang dengan skor yang hampir sama.

Malang sekali buat pasukan BTR kerana mereka tidak sempat mengumpul mata bagi melayakkan diri ke super weekend minggu kedua ini.

Duo kembar, Zuxxy dan Luxxy tidak bermain pada hari pertama kerana tidak berapa sihat selepas habis divaksin. Walaubagaimanapun, mereka hadir pada hari kedua dan tetap tidak dapat menyelamatkan keadaan BTR untuk ke super weekend.

Ramai di antara peminat BTR menyalahkan jurulatih robot merah, Jangs yang sering menukar pemain bagi melihat apakah mereka mampu untuk mendapatkan keserasian.

BTR masih di kedudukan pertama di dalam perjalanan ke PMGC dengan 725 mata tapi mereka perlu berhati-hati kerana pasukan Genesis layak ke super weekend minggu kedua ini. Mereka boleh mengumpul mata yang banyak untuk memintas pasukan BTR.

RELATED NEWS

+