PMPL ID: Gara-gara tempat ketiga, Jangs diserang peminat BTR?

Bigetron Red Aliens mendapat pencapaian yang memuaskan pada peringkat weekdays PMPL Indonesia musim keempat. Mereka menduduki tempat pertama ketika itu.

Selepas tiba di peringkat super weekend, BTR tidak berjaya mengekalkan momentumnya dan meraih tempat ketiga hanya di belakang RRQ Ryu dan Alter Ego Limax. 

Selain itu, Zuxxy juga tidak dibawa masuk semasa hari kedua super weekend pertama dan mereka gagal untuk mendapatkan WWCD dan too soon di perlawanan pertama, kedua dan ketiga.

Disebabkan perkara itu, Jangs selaku jurulatih pasukan BTR RA itu menghadapi kecaman yang teruk dari pihak netizen Indonesia di media sosialnya. Rata-rata dari mereka memaksa Jangs untuk kembali ke Malaysia dan berhenti menjadi jurulatih pasukan BTR.

Walau bagaimanapun, ramai juga di antara penyokong pasukan robot merah itu memberikan sokongan kepada Jangs. Mereka sedar Jangs sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melatih pasukan itu menjadi yang terbaik di antara kesemua pasukan profesional.

Dikenali sebagai “mental juara” dari rakyat Indonesia, mereka sememangnya mempunyai semangat untuk menjadi juara setiap masa dan sukar untuk menerima kekalahan. Oleh sebab itu, Jangs menggalas expectation yang tinggi untuk membawa pasukan itu menjadi juara. Diharap Jangs dapat bersabar dan tidak berhenti untuk meneruskan kariernya menjadi pelatih pasukan itu.

RELATED NEWS

+