PMPL ID: Genesis Dogma muncul juara musim keempat

PMPL Indonesia musim keempat baru sahaja melabuhkan tirainya semalam menyaksikan Genesis Dogma berjaya muncul juara kali ini.

Pengumpulan mata sebanyak 170 berjaya mencapai kedudukan pertama dan pasukan NFT Esports hampir sahaja mencantas kedudukan pasukan mereka.

Pasukan BTR pula layak untuk ke PMPL Asia Tenggara (SEA) namun mereka gagal mendapatkan gelaran juara untuk musim kali ini.

Pasukan Genesis Dogma secara automatik layak untuk ke Kejohanan Asia Tenggara dan yang paling mengejutkan, mereka juga berjaya merampas slot pasukan BTR untuk ke Kejohanan Dunia PUBG Mobile, PMGC.

Pasukan yang bermula dari PMCO ini menunjukkan mereka adalah pasukan yang berkualiti dan disiplin di dalam permainan amat tinggi untuk menjadi juara.

Mereka pernah mendapat tempat keempat di dalam musim ketiga. Tahniah diucapkan kepada pasukan Genesis Dogma dan selamat maju jaya di PMGC nanti!

Pasukan BTR masih mempunyai peluang lagi jika PUBG Mobile masih mengikuti format PMGC musim lalu. BTR perlu mengunci kedudukan tiga teratas di Kejohanan Asia Tenggara peringkat grand final untuk mendapatkan slot ke PMGC seperti apa yang berlaku pada musim lepas. 

RELATED NEWS

+