PMPL ID: Hari terakhir BTR untuk mengumpul mata PMGC, adakah mereka akan berjaya?

Biegtron Red Aliens kini berada di kedudukan kedua di dalam carta mata kejohanan dunia PUBG Mobile, PMGC 2021. Sebelum ini mereka berada di kedudukan pertama dan terus dicantas oleh pasukan Genesis Dogma selepas pasukan robot merah itu gagal ke super weekend kedua.

Mata terkumpul sebanyak 991 mata dilihat sedikit sukar untuk pasukan BTR mengejarnya. Mereka hanya mempunyai baki sebanyak 1 hari lagi iaitu pada hari ini untuk mendapatkan WWCD dan mata ranking untuk merampas kembali kedudukan pertama.

Momentum BTR dilihat sudah kembali pada perlawanan ketiga dan keempat semalam, uHigh tidak diturunkan kali ini dan digantikan dengan Liquid. Ramai di antara netizen mempersoalkan prestasi uHigh di peringkat super weekend.

Tidak lupa juga Jangs turut dikecam hebat di lama sosial Instagramnya. Mampukah pasukan BTR mendapatkan mata yang cukup untuk ke PMGC 2021? Kita bakal saksikan pada hari ini!

RELATED NEWS

+