PMPL ID: uHigh cemerlang dengan banyak kills, BTR RA di tempat ke-3

PMPL ID yang bermula pada minggu lepas menyaksikan 20 pasukan bertarung bagi merebut peluang untuk bermain di peringkat super weekend. Hanya 16 pasukan dengan mata yang tertinggi di peringkat weekdays akan mara ke super weekend.

RRQ Ryu setakat ini memperolehi kedudukan pertama dengan 155 mata, mereka bermain dengan begitu baik sekali. Berjaya meraih 3 WWCD di pusingan pertama, keenam dan ketujuh. Manakala pasukan BTR RA dan Alter Ego Limax berkongsi mata yang sama sebanyak 141.

Pengumpulan mata kills sebanyak 80 menunjukkan BTR adalah salah satu pasukan yang agresif di dalam pertarungan. uHigh mencatat 13 kills di hari pertama dan 23 kills di hari ketiga super weekend. Mereka kurang menyengat di hari kedua yang dikuasai RRQ Ryu.

BTR meraih tempat pertama di dalam peringkat weekdays tetapi gagal mengekalkan momentum mereka kali ini. Pencarian mata di minggu pertama adalah sangat penting untuk memastikan mereka akan kekal berada di tempat tertinggi kedudukan di super weekend.

Kehadiran minggu kedua peringkat weekdays pasti akan menyaksikan lebih banyak pasukan yang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berada di kedudukan 16 tertinggi, bagi melayakkan diri ke peringkat super weekend.

RELATED NEWS

+