PMPL ID: uHigh cemerlang di skuad baru robot merah

Kemasukan Muhammad Dhiya “uHigh” Ulhaq ke pasukan BTR untuk bergandingan dengan tiga jaguh handalan dari pasukan robot merah itu ternyata membuahkan hasil.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

Beliau berjaya memberikan prestasi yang sangat cemerlang pada hari kedua peringkat weekdays di kejohanan liga PUBG Mobile Indonesia musim keempat baru-baru ini.

uHigh berjaya mendapatkan banyak kill sepanjang perlawanan hari kedua, gabungan yang mantap bersama Ryzen menjadikan mereka antara pasukan yang paling disegani ketika ini.

Kawalan recoil uHigh tiada tolok bandingnya dan beliau bijak mencari ruang untuk melakukan flanking bagi membunuh musuh dengan tembakan yang tepat.

Adakah uHigh akan mengekalkan prestasi cemerlang beliau di peringkat super weekend? Kita bakal saksikan pada hari ini!

RELATED NEWS

+