PMPL MYSG: RSG, R2K rangkul 2 WWCD hari pertama Weekdays minggu akhir

Pasukan RSG dan R2K bermain dengan begitu cemerlang sekali semalam, mereka berjaya mendapatkan 2 WWCD mendahului pasukan-pasukan lain.

Walau bagaimanapun, pasukan EVOS Vip juga tidak ketinggalan dengan mendapatkan 62 mata meskipun mendapat hanya 1 WWCD.

Selain itu, Axis Redone mencatatkan kill points tertinggi setakat hari pertama, mereka melanggar musuh dengan garang dan memecahkan ahli kumpulan mereka untuk flanking ke arah pasukan lain. Manakala 4 Rivals menduduki tempat kelima dengan mendapatkan 3 kali top 4.

Adakah kesemua pasukan ini dapat mengekalkan kedudukan mereka pada hari ini atau mungkin pasukan lain akan meningkatkan prestasi mereka dan merampas kedudukan mereka ini? Kita bakal saksikan pada petang ini.

RELATED NEWS

+