PMPL: PPG tawan Vikendi sekali lagi, bawa pulang WWCD kedua

Pasukan PUBG Mobile sepenuhnya pemain wanita dari Singapura PPG telah memperoleh Winner Winner Chicken Dinner kedua mereka di Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MY/SG) Musim 2.

Pada saat terakhir perlawanan liga pertama hari ini, Moyyy (PPG) menewaskan Nukk (Dingoz MZ) selepas dua ahli PPG dijatuhkan oleh Nukk. Pasukan Westar Xpert berjaya memasuki Top 3 tetapi kecundang dengan balingan bom tangan yang cantik daripada Nukk.

Seperti kemenangan mereka yang pertama, pemilihan lokasi yang strategik menjadi kelebihan utama PPG. Walaupun mereka terpaksa mengubah posisi dalam bulatan terakhir, mereka masih mempunyai empat pemain yang hidup pada waktu itu berbanding Dingoz MZ yang hanya ada Nukk seorang.

Malangnya PPG tidak mengumpul mata bunuh yang banyak dan kini mereka menduduki tempat ke-18 dengan 54 jumlah mata. Kehandalan ahli-ahli pasukan Yoodo Gank dalam mendapatkan mata bunuh yang tinggi kini meletakkan mereka di tempat pertama dengan 129 jumlah mata.

PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000 yang direbut 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Ia dijalankan selama empat minggu bermula 19 Ogos hingga 27 September.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+