#PMPLSEA: Team Secret tempat ketiga setakat hari kedua

Pasukan PUBG Mobile Malaysia, Team Secret kini di tempat ketiga setakat hari kedua PMPL SEA Finals musim kedua yang berlangsung sejak semalam.

Dalam perlawanan akhir di peta Vikendi menyaksikan ahli pasukan Geek Fam telah diratakan oleh pasukan SMG, meninggalkan seorang ahli pasukan mereka iaitu Damrude. Manakala Team Secret mengepung Team RRQ seterusnya menamatkan saingan RRQ di tempat ke-14.

Pasukan Team Secret pula memberikan saingan hebat kepada pasukan SMG setelah mereka ditembak mati oleh iShotz lalu meninggalkan hanya seorang ahli pasukan SMG. Dan seterusnya pasukan Team Secret mengumpul 10 mata bunuh.

Akan tetapi, pasukan Team Secret telah membuat rotation untuk mengepung pasukan Team Secret Jin, dan nasib tidak menyebelahi mereka setelah dikepung bersama Team PW88. 

Mereka telah diratakan, dan akhirnya WWDC berpihak kepada Team Secret Jin buat kali ke-3 pada hari ini.

Mata terkumpul menyaksikan pasukan Team Secret berada di kedudukan ke-3 dengan mata sebanyak 101, manakala pasukan Geek Fam dan juga Pasukan Yoodo Gank masing-masing mengumpul mata yang sama sebanyak 85 dan meletakkan mereka di kedudukan ke-7 dan ke-8.

RELATED NEWS

+