PMPL: Team Secret sekali lagi Winner Winner Chicken Dinner

Team Secret sekali lagi raih Winner-Winner Chicken Dinner dalam perlawanan ketiga minggu pertama PMPL MY/SG Musim Kedua yang berlangsung hari ini.

Mereka raih 50 mata keseluruhan dengan 19 mata bunuh.

Di bulatan terakhir, mereka bertembung dengan 8GMT dan Yoodo Gank namun highground memihak kepada mereka lantas memberi peluang besar untuk mendapatkan placing pertama ini. 

Yoodo Gank pula di tempat kedua dengan 45 mata keseluruhan dan 20 mata bunuh. Pasukan PPG yang raih WWCD pada perlawanan pertama pula di tempat ketujuh dengan 21 mata.

PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000, mengumpulkan 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Ia dijalankan selama empat minggu bermula hari ini hingga 27 September.

Lihat perlawanan epik berlangsung di Facebook rasmi PUBG Mobile.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+