PMWL: Percaturan kurang tepat, Yoodo Gank dan Team Secret sedikit kecundang

Hari kedua Super Weekend 1 PMWL Timur hari ini menyaksikan peta pertama, Erangel dimainkan yang mana Yoodo Gank dan Team Secret merebut peluang untuk WWCD dan kekal di dalam ranking. 

Pada saat awal permainan, Yoodo Gank telah dijejaki di dalam satu kompaun dan menyebabkan mereka kehilangan 2 orang ahli menjadikan Jumper dan Drax untuk terus berjuang. Namun, perjuangan mereka terhenti apabila kedua pemain ini tewas semasa berada di luar bulatan.

Yoodo Gank akhirnya tumbang di ranking ke-14. Biubiu yang cuba menyelamatkan Team Secret akhirnya dibunuh oleh Team Mega Paradox dan menyebabkan Team Secret berada di kedudukan ke-11.

PMWL Timur mengumpulkan hadiah terkumpul sebanyak RM1.8 juta yang direbut oleh 16 pasukan terbaik PUBG Mobile di Asia.

Pasukan-pasukan ini bertarung di Super Weekend untuk mengumpul sebanyak mungkin mata bagi kelayakan ke Final PMWL. 

RELATED NEWS

+