PMWL: Team Secret cemerlang, di tempat kelapan hari pertama Super Weekend 2

Pasukan PUBG Mobile negara, Team Secret di tempat kelapan pada hari pertama Super Weekend 2 di Liga Dunia (PMWL Timur), satu pencapaian yang sangat membanggakan di mana mereka berada di tempat ketiga belas selesai Super Weekend 1 minggu lalu.

Pada hari pertama ini, Team Secret berhasil meraih Winner Winner Chicken Dinner di peta kedua, Vikendi. Namun, bermula peta keempat dan terakhir, mereka sukar mencari rentak untuk rebut WWCD seterusnya.

Sementara itu, Yoodo Gank masih lagi berada di tempat ke-10 yang mana hatrik WWCD minggu lalu memberikan mereka mata sangat banyak. Bagaimanapun, terdapat 10 lagi peta perlu dimainkan esok dan lusa maka kedudukan ini akan berubah lagi.

Diharapkan Team Secret terus memburu mata dan Yoodo Gank pula bersiap sedia bagi pusingan League Play minggu depan.

PMWL Timur mengumpulkan 16 pasukan terbaik PUBG Mobile di serata Asia.

Ia menawarkan hadiah terkumpul RM1.8 juta. Pasukan-pasukan ini bertarung dalam Super Weekend selama tiga hari untuk mengumpul sebanyak mungkin mata bagi melayakkan diri ke Final PMWL.

Hanya mata dikumpul pada Super Weekend akan dikira sebagai markah dikumpul ke final liga.

Foto: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+