PMWL: Team Secret Chicken Dinner dalam perlawanan pembukaan hari kedua League Play!

Pasukan profesional PUBG Mobile negara, Team Secret berjaya meraih Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dalam perlawanan hari kedua League Play PMWL Timur minggu kedua, sebentar tadi.

Dalam bulatan terakhir tersebut, Team Secret berjaya menewaskan pasukan NovaGodlike yang bertahan di kompaun terakhir. Walaupun tidak mendapat kelebihan berada di lower ground, namun itu tak mematahkan semangat mereka menembak menerusi asap tebal.

Tahniah! Mereka berjaya mengumpulkan 30 markah dengan 10 mata bunuh.

Sementara itu, Yoodo Gank tersingkir awal di tempat ke-12 dalam pertempuran atas bukit dengan Box Gaming.

PMWL Timur mengumpulkan 16 pasukan terbaik PUBG Mobile di serata Asia.

Ia menawarkan hadiah terkumpul RM1.8 juta. Pasukan-pasukan ini bertarung dalam Super Weekend selama tiga hari untuk mengumpul sebanyak mungkin mata bagi melayakkan diri ke Final PMWL.

Foto: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+