PMWL: Team Secret layak ke Super Weekend 2, Yoodo Gank terkandas

Pasukan PUBG Mobile Malaysia, Team Secret akhirnya layak ke Super Weekend 2 selepas bertarung selama dua hari di peringkat liga PMWL Timur pada hari ini dan semalam.

Team Secret selesa di tempat kedua manakala Yoodo Gank pula gagal mara selepas meraih tempat ketujuh belas.

Peta terakhir di Sanhok menyaksikan Yoodo Gank bertarung nyawa bagi mendapatkan tempat di dalam Super Weekend. Mereka perlu bersaing rapat dengan King of Gamers Club dan GXR yang masing-masing berada di kedudukan 16 dan 17. Manakala Team Secret berada di kedudukan selesa setelah kekal di ranking ke-2.

Yoodo Gank bertempur di jambatan dengan Team Mega menyebabkan mereka kehilangan 3 orang ahli seterusnya meninggalkan Jumper sebagai Lone Ranger. Meskipun berjaya prone buat beberapa lama, Jumper ditemui dan ditembak.  Yoodo Gank kemudiannya mendapat tempat ke-4.

Keseluruhan mata di kumpul oleh Team Secret adalah sebanyak 95 mata dan mereka ditempatkan di ranking-2 manakala Yoodo Gank berjaya mengumpul mata sebanyak 58 sekaligus menyebabkan mereka tersingkir untuk bermain di Super Weekend yang ke-2 setelah mereka ditempatkan di kedudukan ke-17 di dalam ranking.

Namun begitu, Yoodo Gank tidak boleh mengalah dan perlu meningkatkan mutu permainan mereka di League Play pada minggu hadapan.

PMWL Timur mengumpulkan 16 pasukan terbaik PUBG Mobile di serata Asia.

Ia menawarkan hadiah terkumpul RM1.8 juta. Pasukan-pasukan ini bertarung dalam Super Weekend selama tiga hari untuk mengumpul sebanyak mungkin mata bagi melayakkan diri ke Final PMWL.

Hanya mata dikumpul pada Super Weekend akan dikira sebagai markah dikumpul ke final liga.

Foto: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+