PMWL: Yoodo Gank dan Team Secret berhasil mara ke Super Weekend pertama

Dua pasukan PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank dan Team Secret akhirnya berjaya mara ke Super Weekend bagi Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL Timur) Season 0 yang menyaksikan Opening Weekend bermula pada minggu lalu.

Pada peringkat League Weekend yang berlangsung selama dua hari, mereka berhasil mengutip keseluruhan mata seperti di bawah. Umum mengetahui hanya 16 pasukan layak ke Super Weekend ini:

Di ranking halaman pertama, Yoodo Gank meneruskan rentak cemerlang mereka dari PMPL Asia Tenggara dengan mendapatkan tempat keenam.

Mereka mengumpulkan keseluruhan 89 mata, 1 Winner Winner Chicken Dinner dan 34 jumlah mata pembunuhan, tak banyak beza dengan NoChanceTeam dan Valdus yang mengumpulkan 37 mata bunuh.

Team Secret pula pada mulanya seperti telur di hujung tanduk di tempat agak corot sebelum naik beberapa anak tangga ke tangga ke-13. Mereka berjaya kumpul 55 mata keseluruhan dengan 22 mata bunuh.

Super Weekend PMWL Timur akan bermula pada hari Jumaat hingga Ahad ini untuk minggu pertama.

Format baru ini sangat menarik kerana peringkat liga berlangsung selama 3 minggu. Bermakna, pasukan yang tak layak untuk Super Weekend minggu ini berpeluang untuk layak ke Super Weekend 2 pula dengan meraih kedudukan 16 teratas.

Ini kerana setiap minggu, kedudukan akan kembali reset pada hari Selasa dan Rabu dengan 20 pasukan bertanding. Setiap mata dari Super Weekend saja yang akan menentukan kelayakan mereka ke final PMWL Timur.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan InstagramSaksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+