PMWL: Yoodo Gank top 2, Secret tempat ketigabelas di peta terakhir, Erangel

Pasukan PUBG Mobile terbaik Asia Tenggara, Yoodo Gank berjaya meraih placing kedua di peta Erangel ketika perlawanan penutup Super Weekend hari kedua PMWL Timur, sebentar tadi.

Dalam bulatan terakhir, tinggal tiga pasukan, Synerge, BTR dan juga Yoodo Gank. ManParang berjaya menumpaskan pemain BTR namun mereka kecundang selepas SGE berjaya mengawal permainan kerana kedudukan mereka yang selesa di dalam bulatan.

Sementara itu, Team Secret telah tersingkir pada awal permainan di tempat ketigabelas.

Setakat hari kedua ini, Yoodo Gank masih kekal tangga pertama ranking keseluruhan dengan 141 mata.

Team Secret pula masih belum menemui rentak dengan kedudukan ke-15 setakat hari kedua Super Weekend 1.

PMWL Timur mengumpulkan 16 pasukan terbaik PUBG Mobile di serata Asia.

Ia menawarkan hadiah terkumpul RM1.8 juta. Pasukan-pasukan ini bertarung dalam Super Weekend selama tiga hari untuk mengumpul sebanyak mungkin mata bagi melayakkan diri ke Final PMWL.

Foto: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+