Pokemon Sword and Shield: Tiada Lagi Exp Share, HM, Ada Autosave & Banyak Lagi Perkara Baru

Pokemon Sword and Shield akan tiba tidak lama lagi tetapi pembangun, Game Freak masih lagi mendiamkan diri tentang game terbaru dalam siri utama Pokemon.

Baru-baru ini, Game Informer menampilkan Pokemon Sword and Shield sebagai muka hadapan majalah mereka dan sekaligus menjawab persoalan panas daripada kalangan peminat.

Berikut adalah tujuh perkara korang perlu tahu tentang Pokemon Sword and Shield setakat ini:

  • Autosave sah akan hadir dalam Pokemon Sword and Shield. Ini adalah ciri baru yang akan sering menyimpan data korang secara automatik sambil korang berjalan-jalan dalam dunia Pokemon. Korang boleh tutup ciri autosave ini dan kembali kepada manual save untuk momen penting seperti menangkap Pokemon Legendary.
  • Pokemon yang dibuang daripada National Pokedex akan kembali dalam masa akan datang. Pengurangan Pokemon dilakukan bagi memberi fokus kepada pembangunan gameplay untuk Sword and Shield, menurut pengarahnya, Junichi Masuda. Pokemon yang tidak muncul dalam game terbaru ini akan dikembalikan di dalam Pokemon Home, sebuah aplikasi mobile mengumpulkan semua Pokemon yang ditangkap dari semua game dalam satu bumbung yang bakal dilancarkan pada 2020.
  • HM tidak akan muncul dalam Pokemon Sword and Shield. Ini mengikut langkah Pokemon Sun and Moon yang bertentangan dengan konsep permainan bebas (open play) yang mana Game Freak mahukan pemain untuk mengembara secara bebas di Wild Area.
  • Exp Share iaitu satu alat membantu untuk bahagikan mata experience kepada Pokemon tiada lagi dalam Pokemon Sword and Shield. Ini bermakna korang tidak perlu tukar-tukar Pokemon ke slot utama semasa pertempuran.
  • Dalam Pokemon Sword and Shield, satu sistem gameplay baru dibina yang membolehkan semua jenis Pokemon yang ditangkap oleh pemain bertempur secara kompetitif. Korang tak perlu risau memikirkan untuk membesarkan (breeding) Pokemon mengikut prestasi atau statistik yang penting untuk arena kompetitf.
  • Max Raid Battles iaitu salah satu pertempuran Pokemon gergasi melalui Dynamax dan Gigantamax beramai-ramai diinspirasikan oleh Pokemon Go. Kesukaran Max Raid Battle bergantung kepada sistem ranking yang mana ia akan senang atau susah berdasarkan kepada Pokemon yang dipilih oleh pemain.
  • Terdapat 18 gim dalam Pokemon Sword and Shield tetapi ia dibahagikan kepada liga besar atau kecil yang mengikut gaya pertandingan sukan tradisional seperti Premier League. Namun, gim akan jadi berbeza jenis mengikut versi Pokemon korang main. Contohnya, gim jenis Fighting termasuk dalam liga besar untuk Sword manakala gim jenis Ghost akan jadi liga besar dalam Shield.

Max Raid Battle. Sumber: Game Informer

Semakin kita menghampiri tarikh pelancaran Pokemon Sword and Shield, banyak lagi perkara akan didedahkan melalui Game Informer. Selain itu, kita bakal melihat satu lagi siaran langsung untuk melihat Pokemon bersembunyi dalam salah satu hutan tebal di rantau Galar pada hari Jumaat, pukul 6 pagi.

Baca lanjut: Pokémon Sword and Shield: 2 Pokémon Baru Diperkenalkan, Boleh Masak Kari, Berkhemah & Banyak Lagi

Pokémon Sword dan Shield bakal hadir di Nintendo Switch pada 15 November 2019.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

 

RELATED NEWS

+