Pokimane tetap bersama Twitch, akan menghadiahkan keretanya kepada seorang penonton bertuah

Imane Anys atau Pokimane sudah bersama Twitch hampir satu dekad lalu. Dia memulakan kerjaya penstrimannya di Twitch pada tahun 2013 dan sejak itu menjadi salah seorang penstrim paling berpengaruh di platform itu.

Baru-baru ini, kontrak Twitch Pokimane sudah tamat dan tiada berita yang dia akan menyambung kontrak dengan mana-mana platform penstriman seperti YouTube Gaming atau Twitch. Kini, Pokimane mengumumkan bahawa dia akan terus setia untuk stream dengan Twitch.

Keputusan ini dilakukan kerana Imane sudah selesa dengan Twitch. Sebagai contoh, dia suka akan fungsi dan rupa Twitch Chat serta cara dia bergaul bersama peminatnya di Twitch. Maklumlah, itu pasti jelas selepas bersama Twitch hampir 10 tahun.

Namun, Imane tidak mendedahkan maklumat lain atau tempoh kontrak barunya.

Selain itu, Pokimane juga ingin memberi kereta Teslanya kepada seorang penonton strim yang bertuah. 

Pengumuman ini dilakukan di Twitter dan dia bergurau dengan berkata ‘daripada memilih kereta ungu atau merah, lebih baik dia memberi keretanya’.

Ini merujuk kepada video Ludwig Ahgren di mana dia memilih kereta merah yang melambangkan YouTube Gaming, platform yang dipilih olehnya.

Sumber rujukan: Dotesports

RELATED NEWS

+