Project Resistance. Ia kelihatan seperti Left 4 Dead apabila dilihat sekilas pandang."> Project Resistance. Ia kelihatan seperti Left 4 Dead apabila dilihat sekilas pandang." /> Project Resistance. Ia kelihatan seperti Left 4 Dead apabila dilihat sekilas pandang." />

Project Resistance Kelihatan Seperti Dead by Daylight & Friday the 13th: The Game, Bukan Left 4 Dead

Capcom baru-baru ini mengacah satu game terbaru daripada siri Resident Evil iaitu dipanggil sebagai Project Resistance. Ia kelihatan seperti Left 4 Dead apabila dilihat sekilas pandang.

Rupa-rupanya, ia jauh dari jangkaan kami. Saksikan trailer gameplay Project Resistance baru di bawah yang menunjukkan mekanik permainan secara online ini.

Melalui trailer di atas, Project Resistance adalah game multiplayer yang mengikuti gaya Friday the 13th: The Game dan Dead by Daylight. 

Dalam game ini, korang perlu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk keluar daripada sebuah makmal biomedik misteri dan boleh memilih antara 4 karakter manusia yang mana mempunyai kebolehan tersendiri seperti Tyrone bertindak sebagai tank, Valarie sebagai healer dan sebagainya.

Pasukan korang haruslah berhadapan dengan cabaran direka oleh seorang lagi pemain dipanggil sebagai Mastermind. Mastermind boleh meletakkan perangkap, menutup sumber lampu, kunci pintu, meletakkan zombi, boleh kawal zombi dan paling gempak sekali, jadi Tyrant atau Mr. X untuk menghalang 4 pemain lain keluar dari makmal.

Capcom juga mengumumkan tarikh untuk ujian beta tertutup iaitu bermula pada 4 Oktober 2019 (3pm) sehinggalah 7 Oktober 2019 (3pm) mengikut waktu tempatan di PS4 dan Xbox One seperti tertera di laman sesawang rasmi.

Project Resistance akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+