PUBG Akan Memperkenalkan Kawasan Padang Pasir Sebagai Medan Pertarungan Baru

Bosan dengan map yang sama? Korang boleh menarik nafas lega kerana tak lama lagi Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG) akan menampilkan peta berbentuk padang pasir.

Pengacara acara The Game Awards, Geoff Keighley mengumumkan di Twitter miliknya mengenai kandungan tambahan ini.

Bagi yang tidak tahu, The Game Awards adalah acara tahunan yang menghimpunkan permainan video terbaik yang tercalon untuk beberapa anugerah. Ia akan diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 7 Disember. Korang juga boleh membuat undian untuk permainan video favorite korang di laman web rasmi The Game Awards.

 

RELATED NEWS

+