PUBG Mobile 0.12.0 Bawakan Mod Darkest Night – Jom Lawan Zombi Lagi Hebat!

Sebelum ini Tencent bekerjasama dengan Capcom untuk melancarkan crossover event Resident Evil 2 di PUBG Mobile yang dipanggil Survive Till Dawn. Sekarang dah dua bulan berlalu, mod ini diperkasakan lagi dengan membawakan mod survival iaitu Darkest Night.

Mod ini akan kumpul pemain untuk bertahan pada satu malam berlawan dengan musuh iaitu zombi dan bertarung untuk nafas terahir. Pemain tak diberi paracut sebaliknya diletakkan di lokasi rawak untuk berdepan kelompok zombi setiap 3 malam. Tiada Chicken Dinner boleh didapati dan pemain perlu berganding bahu untuk membantu antara satu sama lain atau mengambil kesempatan. Buatlah pilihan tepat!

Sementara mod Survive Till Dawn 2 akan membawakan zombi lebih menyeramkan (zombi melompat dan anjing) dan senjata yang belum lagi pernah dilihat.

Korang boleh baca kemaskini penuh di SINI di mana kesemua perubahan ada ditunjukkan.

RELATED NEWS

+