PUBG Mobile: 2.39 juta akaun telah dikenakan ban dari permainan

PUBG Mobile telah mengeluarkan laporan anti cheat mereka pada tarikh bermula dari 18 sehingga 24 Disember 2020.

 

Gambar rajah di atas kita dapat saksikan, ramai pemain yang menggunakan tipu helah ini bermain di level Bronze, Crown, Diamond dan juga Platinum. Peringkat Bronze mencatat angka yang paling banyak kerana ramai di antara mereka yang membuat akaun baru dan mencuba tipu helah tersebut.

Akan tetapi di peringkat Diamond dan ke atas, mereka gemar menggunakan cheat ini untuk push ranking mereka dengan lebih pantas. Disebabkan perkara ini, mereka akan kehilangan kesemua data akaun mereka dan akaun juga tidak akan dapat di akses. Ini sekaligus merugikan mereka yang sudah menjadi veteran di dalam permainan tersebut yang mengumpulkan banyak set pakaian dan juga senapang.

Selain itu, cheat yang selalu digunakan ialah X-Ray Vision yang dapat menembus pemandangan pemain ke dalam dinding rumah dan juga tempat persembunyian. Auto-Aim juga kerap digunakan oleh mereka untuk menembak musuh dengan mudah dan berupaya mengawal recoil dengan mantap.

Di samping itu, terdapat juga pengguna cheat ini yang mengubah suai model karakter mereka tanpa membeli sebarang premium crate. Tidak kurang juga 14 peratus dari mereka menggunakan speed hack untuk menambah kelajuan karakter, tidak mungkin pemain yang tidak menggunakan sebarang cheat dapat menembak mereka.

Penulis berharap pihak PUBG Mobile akan terus peka tentang masalah penggodam dan penipu ini sebelum ia akan menyebabkan mereka kekurangan pemain baru dan lama. Mereka boleh juga menggunakan idea untuk ban ip address para penipu dan penggodam ini supaya mereka tidak boleh membuat akaun baru untuk melaksanakan agenda mereka.

RELATED NEWS

+