PUBG Mobile bekerjasama dengan Liverpool dan Koenigsegg

PUBG Mobile kini berkerjasama dengan beberapa jenama gergasi di dunia seperti Liverpool FC serta jenama kereta eksotik Sweden, Koenigsegg. Nampaknya pemain akan mempunyai pelbagai ganjaran untuk dikejar pada bulan-bulan akan datang ini.

Liverpool FC

Dunia bola sepak dan battle royale bertembung apabila PUBG Mobile bekerjasama dengan Liverpool FC, kerana pemain boleh memperoleh jersi berjenama pasukan dalam permainan. 

Kerjasama dengan kelab bola sepak itu bermula dari 12 November hingga 20 Disember. Dengan mengambil bahagian dalam siri permainan mod klasik, pemain boleh memperoleh jersi Liverpool FC edisi terhad dan memperoleh peralatan dan barangan dalam permainan percuma, seperti payung terjun dan beg galas.

Koenigsegg

Tidak mengejutkan jika ramai tidak pernah dengar jenama ini. Koenigsegg adalah sebuah syarikat kereta hyper dari Sweden yang menghasilkan beberapa jentera yang hebat sepanjang dekad ini seperti Koenigsegg ONE:1, Koenigsegg Jesko dan lain lagi.

Koenigsegg Jesko

Pemain akan diberikan peluang untuk memandu dua kenderaan terkini dari Koenigsegg iaitu Koenigsegg Jesko dan Gemera.

Koenigsegg Gemera

Dapatkan peluang untuk memakai jersi Liverpool FC serta memandu dua kereta unik ini dalam PUBG Mobile. Mungkin ini sahaja peluang untuk kita merasa memandu kereta-kereta ini.

RELATED NEWS

+