PUBG Mobile: Gamer ‘FattahZie’ Tiupkan Kata-Kata Semangat Kepada Skuad Malaysia Bertanding Di China

Liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) bermula sejak Rabu dan ia akan berlangsung selama lima minggu.

5 wakil Malaysia diterbangkan ke Shanghai, China untuk berentap dengan Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Vietnam dan Keboja.

Meskipun begitu, langit tak selalu cerah. Skuad Malaysia berdepan kritikan daripada netizen yang menyalahkan mereka kerana tak memberi persembahan yang membanggakan, ada juga yang mengatakan skuad Harimau Malaya ini bermain dengan begitu clean dan tak team up untuk mengalahkan skuad lain apabila ditempatkan dalam kumpulan sama.

Bagaimanapun, seorang gamer yang juga mengendalikan Facebook Page Fattahzie Gaming meniupkan kata-kata semangat untuk mereka semua. Semalam, dia memuat naik status dan dikongsi lebih 200 kali dan menerima lebih 1,2000 sukaan di Facebook.

Katanya, selepas perlawanan hari ketiga berakhir semalam, pasukan Malaysia mengalami sedikit kekecewaan berikutan kegagalan mendapatkan Chicken Dinner, iaitu tempat pertama dalam satu pusingan PUBG Mobile.

Dengan menyebarkan positive vibes begini, Fattah percaya usahanya mampu menarik lebih ramai komuniti PUBG Mobile tanah air untuk memberikan sokongan kepada skuad Malaysia yang bertanding di sana sekarang.

Bagi penulis sendiri, masih terlalu awal untuk memberi kritikan keterlaluan kerana kita berada di minggu pertama. Malahan, skuad Malaysia masih cuba memberikan yang terbaik apabila AROV berjaya mendapatkan tempat ketiga di peta terakhir pada hari kedua dan Yoodo Gank di kedudukan ketiga pada peta terakhir (hari ketiga) musim liga.

Moga dalam perlawanan hujung minggu ini, Chicken Dinner pertama berjaya dicuri pasukan Malaysia dan mereka lebih konsisten dalam perlawanan!

Artikel berkaitan: 4 Info korang perlu tahu tentang PMCO

RELATED NEWS

+