PUBG Mobile Global Championship tiba lagi! RM25 juta prizepool

Kejohanan terbesar anjuran Tencent iaitu PUBG Mobile Global Championship kembali lagi untuk tahun kedua. 

PMGC akan berlangsung sepanjang bulan November ini dengan dimulakan dengan peringkat liga dan peringkat akhir yang akan dianjurkan pada Januari 2022.

Kejohanan kali ini akan menawarkan hadiah terkumpul tertinggi dalam sejarah penganjuran kejohanan ini dengan hadiah bernilai ~RM25 juta. 

Pasukan yang terpilih untuk kejohanan ini adalah pasukan yang mendapat mata tertinggi di PUBG Mobile Pro League (PMPL) dan pasukan terbaik daripada kejohanan di peringkat dunia. 

Buat masa ini pihak Tencent masih belum lagi memaklumkan sama ada kejohanan ini akan dianjurkan di atas pentas ataupun secara atas talian. 

Pada kejohanan lalu, pasukan tunggal Malaysia, Team Secret memperoleh tempat ketujuh. Siapakah akan menjadi juara untuk tahun ini?

Sumber: Aksiz

RELATED NEWS

+