PUBG Mobile: Hera kini bersama Geek Fam

Pasukan PUBG Mobile wanita tanah air, Hera kini bersama organisasi e-sukan Malaysia, Geek Fam. Ini bermakna mereka kini bermain di bawah nama Geek Fam Girls.

Mereka dianggotai oleh:

  • Anis “ANEES” Safiyah (IGL/Scouter)
  • Wan Nor “MIMEL” Emylia (Fragger)
  • Nur Fifi “EEVEE” Natasha (Rusher)
  • Fatin “1CAA” Amisa (Sniper/Support)
  • Aisya “RYSYAA” Syahiera (Support)

Hera sebelum ini mencipta kejayaan sendiri apabila memasuki playoffs Kejohanan Kebangsaan PUBGM dan raih tempat keempat bagi kejohanan PUBG Mobile MyLadies.

Selain Geek Fam Girls, Team Bosskurr juga mempunyai divisi wanita iaitu Bosskurr Ladies yang terdiri daripada Angel Bosskurr dan Winx Bosskurr.

Foto: Geek Fam

RELATED NEWS

+