PUBG Mobile kini bersaiz lebih kecil

Pembangun permainan mudah alih, Tencent baru sahaja mengemas kini aplikasi permainan mereka, PUBG Mobile.

Mereka memperkenalkan fungsi terbaru iaitu pemain mempunyai kebebasan untuk muat turun data berdasarkan kapasiti storan peranti mudah alih.

Fungsi ini bertujuan untuk memberi peluang bagi mereka yang mepunyai kapasiti storan yang kecil.

Selain itu, pemain juga tidak perlu menunggu lama setiap kali update baru dilancarkan.

Pemain akan diberi pilihan untuk memadam sebahagian data fail permainan PUBG Mobile dan memuat turun data baru pada bila-bila masa.

Update yang terbaru ini disambut baik oleh majoriti pemain permainan mudah alih tembak-menembak ini.

Para peminat PUBG Mobile kini menunggu acara PUBG Mobile Global Championship (PMGC) yang akan berlangsung pada 24 November kelak.

RELATED NEWS

+