Korang dah beli Royale Pass?
PUBG Mobile keluaran Tencent dah meraih keuntungan berlipat ganda dengan ciri baru ini; mereka menerima kira-kira USD689,000 setiap hari, empat kali ganda sejak Royale Pass diperkenalkan.
Amaun sebelumnya adalah kira-kira USD170,000 yang dibelanjakan pemain setiap hari. Elite Royale Pass dibeli dengan harga RM40,00 dan memberikan impak yang besar ke atas keuntungan PUBG sejak pengenalannya pada 19 Jun.
Dengan kehadiran Fortnite sebagai pesaing terdekat, PUBG Mobile akan menambahkan lagi keuntungan dengan musim seterusnya pada 18 Ogos — jika pemain membeli satu lagi Royale Pass pada musim baru nanti.
Sumber: SensorTower