PUBG Mobile: Mod Zombi Resident Evil 2 Akhirnya Tiba – Download Sekarang!

Tencent Games dah pun keluarkan kemaskini terbaru PUBG Mobile 0.11.0 kepada semua pengguna Android dan iOS.

Kemaskini itu adalah berdasarkan kerjasama Tencent dengan Capcom yang ingin memperkenalkan mod survival zombie dan beberapa kandungan lain. Korang perlu memuat turun kandungan bersaiz 436MB di Android.

Ia adalah acara masa terhad yang menukarkan nama mod zombie dari Sunset kepada Survive Till Dawn dan pemain boleh melawan zombi dan bos dalam Resident Evil 2. Kemaskini ini juga membawakan sistem cuaca baru Moonlight ke Vikendi. Ia adalah cuaca pada waktu malam yang sudah pun ada dalam Erangel tapi dalam Vikendi ini, ada bulan besar yang boleh dilihat pemain.

Disebabkan kolaborasi antara PUBG Mobile ini dengan Resident Evil 2, permainan ini akan menggunakan tema menu utama RE2 dan juga muzik. Pemain bagaimanapun boleh pilih untuk main di Sanhok di dalam mod Arked jika tak berkenan berperang dengan zombi-zombi.

Sumber: Indianexpress

RELATED NEWS

+