PUBG Mobile: ‘Saya Tak Halang Fredo’ – Daddy

Berhubung isu mengenai penyanyi rap tanah air, Caprice yang mahu Fredo menyertai skuad PUBG miliknya, pengurus Shopee Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddy) tampil memberi penjelasan.

“Saya tak halang Fredo kalau dia terfikir untuk teroka dan cuba perkara baru asalkan ia tak merugikan mana-mana pihak. 

“Tapi saya juga rasa kerjasama itu perlulah dari aspek lain dan bukannya Fredo perlu ‘terikat’ dengan pihak tersebut,” katanya.

Menurut Eddy, pihaknya juga inginkan perincian lebih lanjut daripada Caprice sendiri mengenai perancangannya. Ini kerana selain gaji, gaming house dan lain-lain, Fredo sudah pun memilikinya sepanjang bermain di bawah skuad Shopee Bosskurr.

“Adalah lebih baik kalau Caprice mengkaji industri ini dengan lebih lanjut dan mengikut saluran yang betul (hubungi saya) untuk berbincang dengan Fredo.

“Kami akan berada di UKM Bangi pada Ahad ini untuk acara e-sukan dan friendly match jadi kalau dia mahu ‘turun padang’ dan hadir ke situ, amatlah dialu-alukan,” katanya.

Eddy juga menyifatkan Fredo dan ahli lain mempunyai level dan fanbase yang tersendiri jadi dia sebagai pengurus tidak pernah menghalang kerjasama dengan mana-mana pihak.

“Saya taknak mereka rasa terbeban, itu saja,” katanya.

Sebelum ini, laporan WTM Today mendedahkan Caprice mengumumkan ingin mencari Fredo untuk menyertai pasukannya. Berita itu diumumkan dua hari selepas Fredo didapati berehat daripada menjadi pemain aktif untuk skuad Shopee Bosskurr MLBB.

Fredo kemudian beralih ke divisi PUBG Mobile bagi Shopee Bosskurr dan akan bertanding secara kompetitif dalam kejohanan berkaitan permainan mudah alih itu.

RELATED NEWS

+