PUBG Mobile: VIP Jumper Raih 100,000 Pengikut Di Facebook Page

Pemain PUBG Mobile negara, Izzrudin Hashim atau lebih dikenali sebagai Din Jumper kini mempunyai capaian 100,000 pengikut di page Facebook beliau dan 23,000 sukaan.

Ahli pasukan VIP Squad Senior ini memuat naik berita itu di laman sosial Instagram beliau. “Terima kasih, 100k (100 ribu) akhirnya,” Tulisnya, 

Selepas memenangi Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC 2019) baru-baru ini bersama skuadnya, populariti beliau terus melonjak naik.

Rajin strim di page Din ‘Jumper’anak muda ini sering menunjukkan kemahirannya bermain PUBG Mobile selain berinteraksi bersama peminat yang menonton penstriman langsung.

Lebih menarik, video Jumper selalunya sohor kini (trending) selepas meraih secara purata 300,000 tontonan keseluruhan bagi setiap video yang sedang ditayangkan secara langsung dan lebih 2,000 tontonan langsung (concurrent views).

VIP atau Victorious In Play antara pasukan yang kerap menerima kritikan tidak berasas daripada netizen namun mereka tidak memandang serius dan mengambil yang positif lalu membuktikan kejayaan dalam kejohanan-kejohanan besar.

Seterusnya, Jumper dan ahli skuadnya akan bermain di Shanghai, China bagi PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Spit dijangka bermula pada September nanti.

Kejohanan itu mengumpulkan pasukan-pasukan PUBG Mobile serata Asia Tenggara bertarung selama beberapa minggu dalam format liga.

RELATED NEWS

+