PUBG Mobile x Blackpink akan muncul tidak lama lagi, ini previewnya

Seorang penganilisis di Twitter, @PlayerIGN sudah mendedahkan permainan peranti mudah alih popular PUBG Mobile akan berkolabrasi bersama Blackpink. Sebelum ini, mereka pernah berkerjasama pada September 2020.

Melalui kemaskini 1.31, ianya sudah dilancarkan di server percubaan dan akan dimasukkan ke dalam server original pada awal bulan Ogos. Mengikut sistem loot box yang dikeluarkan sebelum ini, PUBG belum mendedahkan berapakah harga yang harus dibayar bagi mendapatkan koleksi Blackpink ini.

Bundle ini menawarkan perubahan pada karakter yang anda mainkan terutamanya wanita. Ia akan menyerupai penyanyi kumpulan popular dari Korea Selatan itu, Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose. 

Selain daripada kosmetik, kemaskini ini juga menambahkan emoticon, skin senjata, parachute dan lain-lain. Peminat Blackpink di luar sana pasti tidak sabar untuk menunggu kemaskini ini. 

RELATED NEWS

+