PUBG: New State akan menerima dua peta baru tahun ini

Krafton mendedahkan paparan pertama peta baharu yang akan datang ke PUBG: New State pada tahun ini.

Dalam mesej Selamat Tahun Baru, Krafton mendedahkan bahawa mereka sedang mengusahakan medan pertempuran baharu yang akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini. Walaupun maklumat berkenaan peta baharu ini tidak didedahkan lagi, ia nampaknya mempunyai rupa bumi yang kasar dengan tumbuh-tumbuhan dan gunung.

Pada masa ini, PUBG: New State mempunyai dua peta battle royale, Troi dan versi Erangel yang dinaik taraf. Kedua-duanya bersaiz 8×8 ​​kilometer. Krafton tidak mendedahkan saiz peta yang akan datang ke New State.

Pembangun juga mendedahkan bahawa ia sedang mengusahakan banyak kandungan baharu yang akan dikeluarkan pada tahun ini. Yang pertama daripada ini akan keluar dalam dua bulan pertama tahun ini. Butiran lanjut akan dikeluarkan kemudian.

Krafton menjanjikan pemain bahawa salah satu keutamaan utamanya tahun ini adalah untuk terus membuat kemaskini dan penambahbaikan pada permainan. Mereka berkata bahawa mereka bercadang unutk melakukan kemaskini ini melalui ‘komunikasi terbuka dan telus’ dengan pemain.

Krafton juga menawarkan semua pemain hadiah tahun baru yang boleh dituntut sehingga 10 Januari. Pemain boleh menebus kod kupon ‘HAPPYNEWSTATE’ untuk mendapatkan enam Chicken Medal dan tiga Royal Chest Tickets. Kod itu boleh ditebus di sini.

Sumber rujukan: Krafton

RELATED NEWS

+