fitnah seorang pemain profesional PUBG Mobile dari Filipina iaitu Demigod terhadap Jumper dan Axis Esports, akhirnya OnTheGo sudah membuat pengumuman tentang perkara itu di dalam laman rasmi Facebooknya."> fitnah seorang pemain profesional PUBG Mobile dari Filipina iaitu Demigod terhadap Jumper dan Axis Esports, akhirnya OnTheGo sudah membuat pengumuman tentang perkara itu di dalam laman rasmi Facebooknya." /> fitnah seorang pemain profesional PUBG Mobile dari Filipina iaitu Demigod terhadap Jumper dan Axis Esports, akhirnya OnTheGo sudah membuat pengumuman tentang perkara itu di dalam laman rasmi Facebooknya." />

Isu fitnah: Demigod buat permohonan maaf secara terbuka

Berikutan isu fitnah seorang pemain profesional PUBG Mobile dari Filipina iaitu Demigod terhadap Jumper dan Axis Esports, akhirnya OnTheGo sudah membuat pengumuman tentang perkara itu di dalam laman rasmi Facebooknya.

Individu itu akan dikenakan ban selama satu minggu daripada menyertai scrim SSS bersama pasukan PMPL yang lain.

Ramai di antara netizen tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan berharap akan ada permohonan dari Demigod secara terbuka.

Kini, di dalam perkongsian di Facebook yang dibuat oleh Demigod, dia memohon kepada komuniti PUBG Mobile MY/PH.

Menurutnya, dia tidak menyedari perbuatan itu akan memberikan impak yang begitu besar. Selepas diberikan nasihat oleh pihak atasan terutamanya Ms. Kesh, baru dia mengerti tentang kesalahan yang dilakukannya.

Dia juga memohon maaf kepada Jumper, Axis Esports dan juga SSS kerana sudah melakukan perkara yang tidak diingini ini. 

Semoga apa yang terjadi kepada Demigod akan memberikan pengajaran kepada semua bahawa kita perlu berhati-hati dengan apa yang dituturkan dan juga ditulis di media sosial kerana ia membabitkan negara lain.

Isu ini bukan isu yang kecil dan harus dipandang serius oleh mana-mana pihak selepas ini. Diharap komuniti e-sukan akan lebih bersih selepas ini.

RELATED NEWS

+