[RASMI] Kejohanan Dunia, M3 akan diadakan di Singapura

Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (M3) rasmi akan diadakan di Singapura seperti edisi tahun lepas.

Pengumuman itu dibuat menerusi acara rasmi pendedahan M3 dan cabutan kumpulan yang diadakan untuk menentukan pasukan bertanding mengikut kumpulan.

 

Pengurus Pemasaran E-sukan Moonton Games, Michael Lin berkata, Singapura dijadikan lokasi kerana permintaan peminat untuk menyaksikan kejohanan ini secara langsung.

“Singapura adalah lokasi ‘masuk akal’ kerana kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini.

“Kami sudah memperketatkan SOP ketika M3 di mana ada pemeriksaan suhu setiap hari dan mengehadkan pergerakan pemain di acara,” katanya.

Kali ini M3 berkemungkinan akan disertai penonton jika keadaan COVID-19 lebih terkawal di sana.

Sementara itu, juara akan menerima hadiah utama dengan kemenangan AS$300,000 (RM1.24 juta).

Ia akan mengumpulkan 16 pasukan bertarung merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.3 juta) bermula 6 Disember hingga 19 Disember ini.

RELATED NEWS

+