[RASMI] M4 sah di Jakarta, Indonesia

Kejohanan dunia Mobile Legends, M4 sah akan dianjurkan di Jakarta pada 1 Januari hingga 15 Januari 2023.

16 pasukan akan bertarung merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.5 juta).

Di Indonesia, Liga Profesional (MPL ID) mencatatkan tontonan serentak 2.8 juta pada musim kesembilan dan menjadi liga e-sukan pertama memperkenalkan sistem francais di negara itu.

Mereka juga mempunyai Liga Pembangunan (MDL) yang mana ia menghasilkan lebih 300 pemain profesional.

Ini adalah senarai negara terbabit dalam M4:

Indonesia – MPL Indonesia

Filipina – MPL Filipina

Malaysia – MPL Malaysia

Singapura – MPL Singapura

Kemboja – MPL Kemboja

Timur Tengah – MPL MENA

Myanmar – Kelayakan Myanmar

Turki – Kelayakan Turki

Amerika Utara – Kelayakan Amerika Utara

LATAM – MLSL

Brazil – MPL Brazil

Thailand, Laos, Vietnam – Kelayakan Mekong

RELATED NEWS

+