[RASMI] MSC 2022 sah akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia

Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 sah akan dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 11 Jun hingga 19 Jun ini dengan hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.26 juta), dua kali ganda prizepool berbanding tahun lalu.

Ia adalah kejohanan offline pertama bagi MSC tahun ini selepas diadakan secara maya pada tahun lalu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Selain itu, peminat dikatakan boleh menyaksikan sesi cabutan kumpulan pada 29 Mei yang mana bracket bagi setiap kumpulan akan didedahkan berserta format.

Ini adalah senarai 12 negara yang akan menyertai:

  • Indonesia (juara dan naib juara MPL ID S9)
  • Filipina (juara dan naib juara MPL PH S9)
  • Malaysia (juara dan naib juara MPL MY S9)
  • Singapura (juara dan naib juara MPL SG S3)
  • Kemboja (juara dan naib juara 2022 Spring Split)
  • Myanmar (juara pusingan kelayakan)
  • Laos, Vietnam dan Thailand (juara daripada kelayakan yang mempertandingkan tiga negara ini)

Pada 2017, ia diadakan secara offline di Jakarta, diikuti Manila Filipina.

Kejohanan ini bakal menyaksikan pasukan MLBB terbaik di Asia Tenggara berentap.

Pada tahun lalu, MSC 2021 mencatatkan 2.28 juta tontonan serentak dan 32 juta tontonan keseluruhan menurut Esports Chart.

Lokasi kejohanan di Kuala Lumpur akan diumumkan kemudian.

RELATED NEWS

+