[RASMI] Skuad Call Of Duty, RamPaGe Gaming Melepaskan Kesemua Pemain

Skuad kompetitif Call of Duty negara, RamPaGe Gaming nampaknya melepaskan kesemua pemain mereka, RanGer, Rainyz, Kira dan dua pemain Singapura, Sean dan Izzul berkuatkuasa hari ini.

Mereka mengumumkan berita mengejutkan itu dalam satu kenyataan rasmi di TwitLonger namun tidak menyatakan sebab berbuat demikian.

Dalam kenyataan itu menulis, mereka melepaskan kesemua pemain dan berterima kasih serta mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain-pemain muda berbakat ini.

Sementara itu, kapten pasukan, Abdul Hakiem Tajudin (RanGer) berkata, keputusan sukar itu terpaksa dibuat kerana pemilik pasukan itu tidak menunaikan janji.

“Axis Esports tidak menunaikan janji kepada pasukan kami,”. Hakiem bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut apakah janji-janji yang dimaksudkannya.

Walaupun sudah meninggalkan organisasi itu, Hakiem tidak ingin melupakan komitmennya sebagai pemain kompetitif sekali gus menyatakan hasrat untuk terus bertanding dalam arena Call of Duty bersama ahli pasukannya.

“Saya akan bertanding dengan pasukan sebelum ini yang dianggotai Sean, Izzul, Rainyz dan Kira. Kami masih mencari penaja baru untuk bertanding dalam musim Modern Warfare.

“RamPaGe akan sentiasa dalam kenangan yang saya takkan lupakan. Terima kasih kepada semua yang membangunkan gaming clan ini menjadi satu organisasi kukuh. Saya harapkan dengan meninggalkan RamPaGe akan menjadikan ia lebih baik di masa depan,” katanya.

Skuad RamPaGe Gaming dikenali dalam rantau Asia apabila dua kali menjadi juara Asia berturut-turut pada tahun 2018-2019. Mereka juga pernah beberapa kali ke kejohanan dunia (Call of Duty World League). 

Ia mula diasaskan pada 2014.

Foto: Twitter / RamPaGe Gaming

RELATED NEWS

+